Khamis, April 10.

Bakar al-Quran: Ratusan sertai demo di kedutaan Amerika

Di terbitkan pada Friday, 24 February 2012 dan difailkan di bawah berita , , . Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui RSS 2.0 . Anda boleh meninggalkan respons atau trackback ke entri ini dari laman anda

Hampir 300 orang menyertai demontrasi di ibu negara selepas solat Jumaat bagi mengecam tindakan tentera Amerika itu membakar al-Quran di Afghanistan baru-baru ini.

Kumpulan itu membanjiri Masjid Tabung Haji untuk menunaikan solat Jumaat sebelum berarak beramai-ramai ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang.

Dipimpin Ketua Pemuda Pas Malaysia, Ustaz Nasrudin, mereka bergerak lancar apabila tidak dihalang polis, seperti kebiasaan dalam demontrasi besar sebelum ini daripada ini.

Memorandum bantahan mereka cuba disampaikan kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat kira-kira jam 2.40 petang tadi namun bagaimanapun Nasrudin mendakwa duta negara itu di sini enggan menerima memorandum tersebut.

Selain itu, kumpulan mahasiswa juga turut berarak daripada Masjid Tabung Haji dan bersama menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan tersebut.

Berikut kronologi perhimpunan tersebut:

2.00pm : Demonstrasi anti-Amerika bermula di Masjid Tabung Haji dengan ucapan pidato daripada pimpinan-pimpinan Pas. Diketuai Ketua Pemuda Pas Malaysia Ustaz Nasrudin, ratusan orang bergerak berarak pantas sambil bertakbir dan melaungkan slogan anti-amerika.

Slogan anti-amerika seperti "hancur amerika" dan "Khaibar ya Yahud" (perang Khaibar wahai Yahudi) dilaungkan serta beberapa kain rentang dan poster yang tertulis "Respect our Quran" (hormati al-Quran kami) dan "Damn You US Army (Jahanam kamu Tentera AS).

2.40pm : Memorandum cuba diserahkan kepada wakil kedutaan Amerika sebelum jam 3 petang tadi , oleh tiga wakil yang di benarkan untuk masuk, iaitu Ketua Penerangan Pemuda Pas Malaysia Ustaz Riduan, Ketua Pemuda Pas Wilayah Ustaz Kamaruzzaman dan Ketua Pemuda Pas Malaysia Ustaz Nasrudin. 

3.00pm : Ketua Pemuda Pas Wilayah Ustaz Kamaruzzaman, berucap di hadapan ratusan rakyat Malaysia setelah cubaan menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan itu.

Dalam ucapannya Kamaruzzaman berkata rakyat hari ini menunjukkan tentangan yang begitu hebat menentang kebiadapan amerika.

Katanya, dalam pertemuan dengan wakil kedutaan sebelum ini, beliau menegaskan mengecam tindakan membakar Al Quran, tanpa tolak ansur.

Sementara itu, dalam memorandum yang diserahkan, Nasrudin berkata Pemuda PAS kesal dengan kerajaan Amerika Syarikat yang tidak mengambil tindakan atau inisiatif untuk menghalang kejadian ini berterusan.

"Dewan Pemuda PAS melihat Presiden Obama tidak serius dalam memulihkan hubungan antara masyarakat Islam dan bukan Islam di Amerika Syarikat khususnya dan dunia amnya," memorandum itu dipetik.

Dalam memorandum itu, Nasrudin juga mengingatkan kepada Amerika Syarikat dan NATO di Afghanistan sekiranya tindakan tentera Amerika itu tidak dibendung, maka satu lagi 'perang kecil' akan berlaku.

3.30pm : Kumpulan tersebut bersurai setelah mengutip kain rentang dan sampah yang dihasilkan.

0 Responses for “ Bakar al-Quran: Ratusan sertai demo di kedutaan Amerika”

Leave a Reply

Recently Commented

  • mutiarabp says:
    Sedikit pembetulan, Puan Salbiah Abd Wahab ialah Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Wilayah Persekutuan...[[More detail]]

Recent Entries

  • Xpresi Hijau dan Himpunan Hij...
  • Apa pendirian kerajaan berhub...
  • Ustaz Yahya Othman meninggal ...
  • RAKYAT MALAYSIA BANKRAP ANGKA...
  • Putrajaya: Lumpuhkan BN di 3 ...

Photo Gallery

  • Bakar al-Quran: Demo dan Memo ke Kedutaan Amerika
  • Lawatan Mahabbah DPPM ke HARAKAH
  • Gambar memo ke JPN
  • Gambar memo ke JAKIM
  • Gambar Memo Ke Kedutaan Syiria