Khamis, April 10.

Isu Konsert : Menunggu Bantahan Baru Dibatalkan?

Di terbitkan pada Wednesday, 29 February 2012 dan difailkan di bawah berita , , . Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui RSS 2.0 . Anda boleh meninggalkan respons atau trackback ke entri ini dari laman anda

Kuala Lumpur, 29 Feb : PAS Wilayah Persekutuan meminta kerajaan bersikap lebih sensitif dan peka dalam meluluskan sesuatu konsert yang dianjurkan di negara ini tanpa perlu menunggu bantahan daripada mana-mana pihak sebelum membatalkannya. Ini kerana sudah acapkali pembatalan saat akhir dibuat terhadap persembahan artis luar negara hanya kerana adanya bantahan dibuat oleh orang awam, bukan kerana sememangnya kerajaan bertindak tegas dalam memastikan tiada kontroversi terhadap mana-mana artis.

Menurut Ketua Penerangan PAS WP, Mohamad Suhaimi, dalam isu ini, PAS WP menganggap kerajaan seperti bersikap talam dua muka. Konsert Erykah Badu dibatalkan hanya kerana adanya bantahan awam. Bagaimana sekiranya tiada bantahan dibuat? Adakah kerajaan tetap mahu membatalkannya atau membiarkan ia diteruskan. Soalnya, sampai bila kerajaan boleh bersikap proaktif dengan mengambil tindakan awal mengekang mana-mana persembahan artis dalam atau luar negara yang menimbulkan kontroversi?"

Tambahnya lagi, kerajaan memiliki agensi yang sepenuhnya mengawal persembahan artis luar negara. Badan seperti Agensi Pusat Permohonan Pengambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL), di bawah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (Kebudayaan) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) mempunyai tugas khusus meluluskan sesuatu persembahan atau membawa masuk artis luar negara. Sepatutnya setiap permohonan untuk membawa masuk artis luar negara perlu ditapis terlebih dahulu dengan melihat latar belakang mereka. Tidak timbul artis tersebut mendapat bantahan awam atau tidak kerana kerajaan lebih awal menyekat sebarang imej yang boleh menimbulkan polemik di kalangan masyarakat."

"Perlu diingatkan bahawa artis menjadi pujaan masyarakat. Imej dan personaliti mereka menjadi ikutan anak-anak muda. Antara punca berkembangnya gejala sosial di negara ini adalah disumbangkan oleh unsur hiburan termasuk imej dan personaliti artis-artis. Apa yang dibimbangkan adalah imej bertatoo Erykah Badu menjadi ikutan dan kegilaan anak-anak muda yang boleh merosakkan akhlak dan akidah umat Islam. Selainnya, ramai juga artis barat yang memiliki imej buruk seperti gaya hidup songsang, seksi, imej pelik dan lain-lain. PAS WP tidak boleh membayangkan bagaimana sekiranya konsert itu diteruskan, sudah pasti akhlak dan aqidah ramai anak-anak muda umat Islam akan tergadai". katanya.

Oleh yang demikian, PAS WP mengharapkan kerajaan benar-benar bertegas dalam memastikan akhlak dan akidah umat Islam di negara ini terpelihara. Tidak ada gunanya melaungkan slogan hebat dalam memperjuangkan Islam di negara ini, sedang aqidah dan akhlak ramai umat Islam di negara ini tergadai !

0 Responses for “ Isu Konsert : Menunggu Bantahan Baru Dibatalkan?”

Leave a Reply

Recently Commented

  • mutiarabp says:
    Sedikit pembetulan, Puan Salbiah Abd Wahab ialah Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Wilayah Persekutuan...[[More detail]]

Recent Entries

  • Xpresi Hijau dan Himpunan Hij...
  • Apa pendirian kerajaan berhub...
  • Ustaz Yahya Othman meninggal ...
  • RAKYAT MALAYSIA BANKRAP ANGKA...
  • Putrajaya: Lumpuhkan BN di 3 ...

Photo Gallery

  • Bakar al-Quran: Demo dan Memo ke Kedutaan Amerika
  • Lawatan Mahabbah DPPM ke HARAKAH
  • Gambar memo ke JPN
  • Gambar memo ke JAKIM
  • Gambar Memo Ke Kedutaan Syiria