Henti Beri Taraf Warganegara Elak Penipuan Pilihanraya
Di terbitkan pada Monday, 12 March 2012 dan difailkan di bawah berita news , terkini . Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui RSS 2.0 . Anda boleh meninggalkan respons atau trackback ke entri ini dari laman anda
PAS Wilayah Persekutuan menyokong pandangan YB Datuk Haji Mahfuz Omar yang menggesa kerajaan supaya menghentikan pemberian taraf kewarganegaraan kepada mana-mana warga asing yang datang ke negara ini sehingga Pilihanraya umum ke 13 selesai diadakan.
PAS WP menganggap gesaan ini sebagai suatu usaha bagi mengelakkan warga asing mengundi dalam PRU ke 13. Kerajaan wajar mengambil langkah ini bagi mengelakkan prejudis rakyat bahawa warga asing turut diberikan hak kerakyatan dan mengundi dalam PRU ke 13 sepertimana yang sering dibualkan sebelum ini. Pilihanraya umum dalam sebuah negara demokrasi adalah hak buat rakyat Malaysia. Tidak wajar bagi sesebuah kerajaan menggunakan warga asing bagi memenangkan partinya. Tindakan ini adalah satu penipuan dan pencabulan terhadap hak demokrasi di negara ini.
Bagi PAS WP, lebih elok kalah pilihanraya melalui undi rakyat negara yang sah, kerana ia adalah kekalahan bermoral dan terhormat daripada menang dengan cara penipuan. Biarkan rakyat negara ini sendiri yang menilai pemerintahan negara kerana mereka kenal pemimpin mana yang betul dan salah untuk dipilih. Rakyat asing pula tidak berhak campurtangan dalam politik negara ini serta menentukan masa depan dan pemerintahan negara.
Justeru, PAS WP meminta kerajaan mengambil perhatian terhadap cadangan yang diutarakan ini jika kerajaan benar-benar bersikap telus dalam memastikan perjalanan pilihanraya umum ke 13 berlangsung dengan adil dan bersih. Jika tidak, selamanya kerajaan negara ini tidak bersih dari persepsi masyarakat bahawa sistem demokrasi dan pilihanraya umum di Malaysia amat kotor dan mungkin PRU ke 13 adalah pilihanraya paling kotor dalam sejarah.
Disediakan oleh;
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Ketua Penerangan
PAS Wilayah Persekutuan
0 Responses for “ Henti Beri Taraf Warganegara Elak Penipuan Pilihanraya”
Leave a Reply

Recently Commented
- mutiarabp says:
Sedikit pembetulan, Puan Salbiah Abd Wahab ialah Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Wilayah Persekutuan...[[More detail]]