RAKYAT MALAYSIA BANKRAP ANGKARA KERAJAAN UMNO/BN

Di terbitkan pada Thursday 14 June 2012 dan difailkan di bawah berita , . Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui RSS 2.0 . Anda boleh meninggalkan respons atau trackback ke entri ini dari laman anda


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius terhadap laporan yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang menyatakn bahawa sebanyak 37 493 kes bankrap membabitkan golongan berumur 35 hingga 44 tahun dan 21 353 kes bagi golongan 25 hingga 34 tahun.
Di antara punca terbesar kebankrapan di Malaysia adalah hutang sewa-beli kenderaan, pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan. Ini bermaksud rakyat Malaysia terpaksa berhutang demi keperluan asas mereka. Kenderaan, perumahan dan keperluan peribadi merupakan keperluan asas bagi setiap manusia. Namun kini, rakyat Malaysia terpaksa menanggung hutang demi meneruskan kehidupan mereka.
Ini sekaligus menunjukkan bahawa pendapatan yang diperolehi masih belum mencukupi bagi menanggung keperluan harian. Kos sara hidup di Malaysia saban hari kian meningkat. Adalah tidak mustahil, semakin ramai rakyat Malaysia terpaksa mengemis di bumi sendiri nanti. Bagi DPPWP, kerajaan UMNO/BN haruslah bertanggungjawab terhadap situasi yang berlaku ini. Walaupun kerajaan memomokkan bahawa ekonomi Malaysia stabil dan kukuh, namun mengapa begitu ramai rakayat terpaksa berhutang? Ini menunjukkan bahawa UMNO/BN sudah tidak mampu untuk menjaga kebajikan rakyat. Siapakah di antara rakyat Malaysia yang ingin berhutang demi meneruskan kelangsungan hidup?
Seawal pembelajaran lagi rakyat Malaysia telah diberikan dos hutang iaitu melalui htang PTPTN yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan. Apabila habis belajar, rakyat Malaysia dipaksa berhutang lagi untuk membeli rumah dan kenderaan. Dengan gaji yang kecil dan harga barang yang kian meningkat, rakyat Malaysia dibiarkan tersepit dan akhirnya berhutang merupakan jalan penyelesaian yang mudah.
PAS dan Pakatan Rakyat telah lama melihat kesengsaraan yang dilalui oleh rakyat Malaysia kini. Dalam Belanjawan 2012, Pakatan Rakyat telah mengemukakan gaji minimum sebanyak RM 1100 yang dilihat sebagai berpatutan dan kena pada masanya. Kini, Pakatan Rakyat masih komited dengan tuntutan gaji minimum tersebut. Pakatan Rakyat juga membuka jalan penyelesaian dengan menuntut pemansuhan PTPTN dan pemberian pendidikan percuma di setiap peringkat. Ini sekaligus dapat mengurangkan bebanan htang yang ditanggung oleh rakyat Malaysia selama ini.
Nyatalah dengan apa yang dilalui oleh rakyat Malaysia kini, rejim UMNO/BN patut ditumbangkan. Kini, pilihan terletak di tangan rakyat Malaysia.
KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

0 Responses for “ RAKYAT MALAYSIA BANKRAP ANGKARA KERAJAAN UMNO/BN”

Leave a Reply

Recently Commented

Recent Entries

Photo Gallery