Xpresi Hijau dan Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat Wilayah Persekutuan

Di terbitkan pada Monday 9 July 2012 dan difailkan di bawah berita , . Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui RSS 2.0 . Anda boleh meninggalkan respons atau trackback ke entri ini dari laman anda

Himpunan ini akan diadakan pada Sabtu, 14 Julai 2012, dan bertempat di dua lokasi berasingan.


SIANG ---- Xpresi Hijau akan menggamit warga kota dengan Konvoi Motosikal anak-anak muda Kuala Lumpur mengelilingi bandaraya. Program akan bermula seawal jam 9 pagi dan akan bergerak mengikut kawasan-kawasan menjelajah Kuala Lumpur. Dijangkakan 1000 buah motosikal serta 200 buah kereta akan memenuhi segenap pelusuk Kuala Lumpur dengan pakaian serba hijau serta bendera PAS di kenderaan masing-masing. Antara tetamu utama yag bakal hadir pada program Xpresi Hijau ini adalah Yasir Said, bekas juara Cub Prix Asia bersama dengan pimpinan Alternative Riding Club (ARC) serta pimpinan-pimpinan PAS WP. Prof Dr Nik Zain akan turut hadir menyampaikan ucapan kelak.

MALAM ---- kemuncak Himpunan Hijau Menuju Putrajaya. Lokasi Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. Dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, disusuli pula Munajat Warga Kota Hadapi PRU ke 13 yang akan dipimpin oleh Dr Khairuddin Aman Razali At Takiri, Setiausaha Dewan Ulama’ PAS Pusat.

Selepas solat Isyak pada jam 9.00 malam --- kemuncak program bermula dengan pidato daripada pimpinan-pimpinan PAS Pusat. Antara pimpinan PAS Pusat yang akan hadir adalah Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man – Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Hj Ahmad – Ajk PAS Pusat, Mazlan Aliman – AJK PAS Pusat merangkap Presiden ANAK, Ustaz Nasrudin Hassan- Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Timbalannya Ustaz Nik Mohd Abduh, Setiasuaha DPP Malaysia Sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Balasubramaniam - Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Selain mereka, tokoh yang turut serta ialah Dato’ Adnan Ibrahim, bekas Pengarah Pelajaran Perak- Dato’ Ramli Buyung, Naib Presiden Kanan Felcra Bhd, Abdullah Ali- lagenda bolasepak negara, Kamal Bachaa- bekas Ahli MKT PPP, serta Cikgu Nazri Nordin – bekas AJK UMNO Bahagian Gopeng. Artis terkenal seperti Hairi Othman dan Zulkifli Ismail akan turut memeraihkan majlis ini nanti.

Dijangkakan ada beberapa tokoh penting serta selebriti terkenal akan diisytihar ke dalam PAS dalam majlis tersebut. Seluruh ahli PAS, penyokong serta rakyat dijemput untuk menghadiri himpunan Hijau ini dengan memakai baju berwarna hijau bagi memeriahkannya.

0 Responses for “ Xpresi Hijau dan Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat Wilayah Persekutuan”

Leave a Reply

Recently Commented

Recent Entries

Photo Gallery