Tragedi Nurul Nadirah Mewujudkan Suasana Panik Masyarakat

Di terbitkan pada Tuesday 13 March 2012 dan difailkan di bawah berita , . Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui RSS 2.0 . Anda boleh meninggalkan respons atau trackback ke entri ini dari laman anda

PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) merasa simpati dan sedih dengan tragedi yang menimpa Nurul Nadirah Abdullah yang ditemui mati dalam keadaan yang amat menyayat hati kelmarin. Apa yang berlaku ke atas alahyarhamuha adik Nurul Nadirah menjadi petunjuk bahawa ada segelintir masyarakat di negara ini yang sanggup mengenepikan naluri kemanusiaan dan kewarasan akal manusia demi memuaskan nafus syaitan yang bermaharajalela. Mereka ini sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan dendam kesumat mereka tercapai meskipun terpaksa mengorbankan insan lain yang tidak berdosa.

PAS WP merasa bimbang kerana kes penculikan dan pembunuhan kanak-kanak bukan berlaku sekali, malah kerap berlaku. Sebelum ini negara heboh dengan peristiwa yang menggemparkan iaitu penculikan dan pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin beberapa tahun lepas serta Dirang ketika ini. Di sebalik kes ini, ada banyak lagi kes penculikan kanak-kanak yang masih belum ditemui seperti Sharlinie Mohd Nashar yang hilang pada tahun 2008 dan lain-lain lagi.

Tragedi ini dibimbangi akan mencetuskan suasana panik masyarakat Malaysia khususnya di Kuala Lumpur. Ibu bapa akan merasa cemas melepaskan anak-anak pergi dan pulang ke sekolah atau ke mana juga. Sukar bagi ibu bapa untuk meninggalkan anak-anak untuk keluar bekerja dalam keadaan begini dan keadaan ini boleh mewujudkan persekitaran masyarakat yang tidak berkembang dengan sihat kerana faktor kebimbangan ini.

Justeru itu, PAS WP berharap pihak keselamatan khususnya Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mencari jalan bagi mengelakkan kejadian penculikan kanak-kanak berlaku. Kawalan keselamatan perlu dipertingkatkan dengan rondaan secara kerap oleh pihak polis terutama di kawasan berpotensi berlaku jenayah. PAS WP juga berharap, kamera litar tertutup perlu dibanyakkan di kawasan awam supaya pemantauan dapat dibuat. Kerajaan juga diharapkan dapat meyakinkan ibu bapa dengan jaminan kejadian seumpama ini tidak berulang.

Akhirnya, PAS WP ingin menasihatkan ibu bapa dan penjaga di Kuala Lumpur supaya bersikap lebih berhati-hati dan memastikan keselamatan anak-anak sentiasa terjamin dan terjaga sepanjang masa. Anak-anak tidak harus dibiarkan berseorangan di luar rumah melainkan perlu sentiasa diperhati dan dipantau sepanjang masa. Biarlah masa ibu bapa agak terbatas dengan masa pemantauan yang lebih terhadap anak-anak, asalkan anak-anak ini mampu membesar dengan sihat dan hidup bahagia di depan mata ibu bapa mereka sendiri.


MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Ketua Penerangan
PAS Wilayah Persekutuan

0 Responses for “ Tragedi Nurul Nadirah Mewujudkan Suasana Panik Masyarakat”

Leave a Reply

Recently Commented

Recent Entries

Photo Gallery