PAS WP Akan Kumpul Kes Pindah Tempat Mengundi Di KL

Di terbitkan pada Friday 16 March 2012 dan difailkan di bawah berita , . Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui RSS 2.0 . Anda boleh meninggalkan respons atau trackback ke entri ini dari laman anda


PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) meminta semua pengundi khususnya pengundi di Wilayah Persekutuan untuk menyemak status terkini tempat mengundi mereka. Ini berikutan daripada penemuan kes penukaran tempat mengundi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dari Parlimen Petaling Jaya Selatan, Selangor ke Parlimen Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Padahal beliau tidak pernah memohon untuk menukar tempat mengundinya dan hanya menyedarinya apabila beliau menyemak status tempat mengundinya baru-baru ini.

Keadaan ini sungguh memeranjatkan kerana dalam keadaan negara yang akan berhadapan dengan pilihanraya umum paa bila-bila masa dari sekarang, SPR pula melakukan kesalahan sebesar ini. Sepatutnya dalam keadaan begini, SPR sudah berada pada keadaan terbaik untuk mengendalikan pilihanraya umum ke 13 dan tidak mungkin boleh melakukan kesilapan. Sama ada ia sengaja atau tidak, SPR bertanggungjawab terhadap kesalahan ini dan mesti memperbetulkannya kembali.

Keadaan ini boleh menggambarkan bahawa sistem pilihanraya di Malaysia belum betul-betul bersih dan diyakini oleh orang ramai. Rakyat menaruh prejudis yang tinggi bahawa SPR bekerja bukan sebagai pengadil yang adil dalam pilihanraya ini, tetapi lebih kepada bekerja untuk memenangkan sebelah pihak. Apa yang berlaku ke atas Tan Sri Abdul Khalid tidak mustahil berlaku juga ke atas orang lain. Tidak mustahil ribuan lagi pengundi yang dipindahkan tempat mengundi tanpa pengetahuan dan persetujuan mereka.

Justeru itu, PAS WP berharap semua pengundi mengambil tindakan pro aktif dengan menyemak semula status undi mereka. PAS WP nasihatkan kepada pengundi supaya tidak berdiam diri sekiranya berlaku kes pemindahan tempat mengundi ke atas mereka tanpa pengetahuan mereka dan segera membuat aduan sebelum pilihanraya berlangsung. PAS WP juga akan mengumpulkan kes-kes seperti ini untuk diketengahkan nanti. Akhirnya, PAS WP mengingatkan SPR supaya berlaku adil dan bersikap telus dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13. Jika rakyat mengesan sebarang unsur penipuan lagi dalam sistem SPR, kemungkinan himpunan Bersih 3.0 pula akan menyusul dengan jumlah yang jauh lebih besar dari sebelum ini.

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Ketua Penerangan
PAS Wilayah Persekutuan

0 Responses for “ PAS WP Akan Kumpul Kes Pindah Tempat Mengundi Di KL”

Leave a Reply

Recently Commented

Recent Entries

Photo Gallery