Deklarasi: PAS Wilayah lancar tuntutan warga kota

Di terbitkan pada Sunday 18 March 2012 dan difailkan di bawah berita , . Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui RSS 2.0 . Anda boleh meninggalkan respons atau trackback ke entri ini dari laman anda


KUALA LUMPUR, 18 Mac: PAS Wilayah Persekutuan hari ini melancarkan Deklarasi Tuntutan Warga Kota ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kerajaan Persekutuan.

Deklarasi tersebut mengandungi sebelas tuntutan antaranya meminta kerajaan mengekalkan status kampung warisan yang dimiliki atau yang didiami oleh orang Melayu, Cina, dan India di Kuala Lumpur dan menyediakan skim sewa-beli rumah PPR kepada mereka yang layak serta menyediakan dana secukupnya bagi pembiayaan untuk membolehkan mereka memiliki rumah di ibu kota.

Pelancarannya dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Titiwangsa sempena Konvoi Lajnah Penerangan PAS ke Wilayah Persekutuan.

Majlis pelancarannya turuy disaksikan kira-kira seratus peserta Jelajah Warisan iaitu ekspidisi untuk mengenali warisan-warisan negara yang bakal lenyap.

Bercakap pada sidang media selepas pelancaran, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad berkata, Wilayah Persekutuan hanya bersebelahan dengan Selangor tetapi penduduknya tidak dapat menikmati manfaat seperti penduduk Selangor.

Sebagai contoh katanya, pemberian air paip percuma sebanyak 20m padu kepada warga kota seperti yang dilakukan Kerajaan Selangor.

"Kita megadakan deklarasi ini supaya penduduk di Wilayah Persekutuan turut mendapat nikmat seperti di Selangor.

"Terlalu banyak masalah kebajikan di Wilayah Persekutuan tidak dapat diselesaikan khususnya masalah perumahan dan warga emas," katanya.

Sehubungan itu, pihaknya akan menyerahkan deklarasi tersebut secara rasmi ke pejabat DBKL jam 10 pagi esok.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, PAS Pusat menyokong penuh deklarasi tersebut termasuk perjuangan penduduk kampung warisan mempertahankan tanah mereka.

"Di Wilayah ini setiap masa kita dengar penduduk terima surat daripada pihak pemaju untuk mengosongkan tanah untuk dilakukan pembangunan.

"Penduduk berhadapan dengan cabaran pembangunan yang pesat jadi kita mahukan kerajaan mencari jalan untuk mengatasi masalah ini," katanya.

Turut bersama pada sidang media ialah Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Pusat, Nuridah Salleh, Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dan Ketua Penerangan Muslimat Wilayah, Salbiah Wahab.

Berikut merupakan sebelas tuntutan warga kota:

1. Menyediakan kemudahan air paip sebanyak 20m padu secara percuma kepada semua warga kota.

2. Memberikan sumbangan RM200 kepada semua bayi rakyat Malaysia yang dilahirkan di Kuala Lumpur /ibu atau bapa penduduk Kuala Lumpur.

3. Menyumbangkan RM2,500 kepada setiap warga emas di Kuala Lumpur yang meninggal dunia sebagai sumbangan khairat kematian bagi meringankan beban waris yang tinggal dalam pengurusan jenazah.

4. Menyediakan skim pemberian baucer barangan keperluan harian sebanyak RM100 kepada setiap warga tua di Kuala Lumpur sebagai menghargai usia dan jasa mereka.

5. Memberikan RM1,000 kepada setiap pelajar yang mendapat tawaran ke Intitut Pengajian Tinggi (IPT) sebagai satu penghargaan kepada mereka sekaligus meringankan tanggungan keluarga bagi membiayai kos permulaan pembelajaran.

6. Mengekalkan status kampung warisan yang dimiliki atau yang didiami oleh orang Melayu, Cina, dan India di Kuala Lumpur.

7. Menyediakan skim sewa-beli rumah PPR kepada mereka yang layak serta menyediakan

8. Menyediakan tapak pasar basah yang sesuai untuk peniaga barangan keperluan harian di pasar moden Dato Keramat yang baru bagi memastikan para peniaga dapat berniaga dengan selesa dan juga pembeli dapat membeli barangan keperluan mereka yang dijamin mutu dan kebersihannya.

9. Membantu warga kota yang miskin dengan skim penggalakan perniagaan kecil-kecilan dan pengecualian lesen perniagaan untuk tiga tahun pertama bagi mengurangkan kadar kemiskinan di ibu kota.

10. Pengecualian cukai pintu untuk warga kota yang pendapatannya di bawah paras kemiskinan.

11. Kekalkan hak milik tanah Kampung Baru di tangan orang Melayu. Jangan gunakan akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 untuk rampas tanah penduduk atas nama pembangunan.

1 Response for “ Deklarasi: PAS Wilayah lancar tuntutan warga kota”

  1. mutiarabp says:

    Sedikit pembetulan, Puan Salbiah Abd Wahab ialah Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Wilayah Persekutuan merangkap Pengarah Pilihanraya Muslimat PAS Wilayah Persekutuan.

     

Leave a Reply

Recently Commented

Recent Entries

Photo Gallery