BERSIH 3.0 : USAH DIHALANG HASRAT RAKYAT !

Di terbitkan pada Friday 20 April 2012 dan difailkan di bawah berita , . Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui RSS 2.0 . Anda boleh meninggalkan respons atau trackback ke entri ini dari laman anda

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengalu-alukan keputusan Bersih 2.0 untuk tetap meneruskan Perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April 2012 meskipun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan mereka.

DPPWP menganggap keputusan DBKL yang melarang penggunana Dataran Merdeka sudah dijangka kerana memang tidak pernah sebelum ini permohonan mana-mana himpunan rakyat dibenarkan. Walaupun peringkat awalnya pihak kerajaan tidak bermasalah dengan Bersih 3.0 tetapi akhirnya mereka menjadikan DBKL sebagai alasan untuk tidak membenarkannya. Memang selama ini perhimpunan aman rakyat sering dianggap perhimpunan haram dan tindakan keras pasti akan diambil terhadap pesertanya. Tidak mustahil ia akan berlaku kali ini menjelang 28 April 2012 nanti.

DPPWP tidak menganggap kebenaran menggunakan Dataran Merdeka sebagai isu utama penganjuran Bersih 3.0. DBKL mempunyai hak ke atas padang Dataran Merdeka tetapi tidak mempunyai hak untuk menghalang perhimpunan tersebut. Lagipun, Kuala Lumpur memiliki banyak lokasi sebagai perhimpunan rakyat dan jawatankuasa Bersih 2.0 boleh memilihnya jika Dataran Merdeka ditutup dan dikawal rapi pada hari tersebut.

Perhimpunan Bersih 3.0 sudah tidak dapat dielakkan kerana tuntutan bagi pilihanraya yang bersih dan adil amat perlu waktu ini. Ramai beranggapan Bersih 3.0 adalah harapan terakhir rakyat bagi menghadapi sebuah penipuan terbesar dalam sejarah pilihanraya di sebuah negara demokrasi seperti Malaysia. Dengan pelbagai kecurigaan yang timbul, serta Jawatankuasa Penambah baikan sistem Pilihanraya di Malaysia (PSC) tidak berperanan sepenuhnya, tidak mungkin pilihanraya kali ini dijamin bersih. Malah dijangkakan lebih banyak penipuan yang terancang akan berlaku dalam Pru ke 13.

Justeru, DPPWP mengajak seluruh rakyat terutama anak-anak muda agar terus kuatkan tekad bersama-sama turun ke himpunan Bersih 3.0. DPPWP memberi jaminan untuk mengawal keselamatan peserta himpunan di samping memastikan kebersihan Kuala Lumpur terjaga. Seramai 1000 petugas pemuda berpakaian AMAL akan sentiasa bersiap sedia memastikan kelancaran Bersih 3.0.

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

0 Responses for “ BERSIH 3.0 : USAH DIHALANG HASRAT RAKYAT !”

Leave a Reply

Recently Commented

Recent Entries

Photo Gallery