LAPORAN MEDIA ANTARABANGSA DITAPIS : NILAI SENDIRI MEDIA MALAYSIA

Di terbitkan pada Thursday 3 May 2012 dan difailkan di bawah berita , . Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui RSS 2.0 . Anda boleh meninggalkan respons atau trackback ke entri ini dari laman anda


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa simpati terhadap media antarabangsa seperti British Boradcasting Company (BBC) dan Al Jazeera kerana liputan berita milik mereka semasa perhimpunan BERSIH 3.0 telah ditapis oleh Astro tanpa persetujuan mereka.

Bagi DPPM, alasan Astro bahawa mereka “mematuhi garis panduan penyiaran kebangsaan” adalah alasan remeh dan sukar untuk diterima. Ini kerana dengan penapisan yang dibuat oleh Astro akan menyebabkan hilangnya babak penting yang menceritakan peristiwa sebenar dalam perhimpunan tersebut. Ia pula akan menjadikan liputan ini sangat tidak adil, berat sebelah dan hanya memenuhi kepentingan sesetengah pihak sahaja.

DPPM merasa kecewa kerana Astro tidak merujuk dahulu media antarabangsa liputan yang mereka tapis dan paparkan kepada masyarakat. Ini menggambarkan betapa teruknya nilai demokrasi di negara ini sehingga media disekat sedemikian rupa hatta terhadap media antarabangsa. DPPM juga kesal kerana media di Malaysia masih terkongkong oleh pengaruh politik pemerintahan BN sedangkan media antarabangsa telah jauh mendahului dalam memberikan liputan yang adil dan bebas. Rakyat merasa malu jika media di Malaysia akan dibandingkan dengan media di bawah pemerintahan negara-negara rejim kuku besi.


Bagi rakyat Malaysia pula, perkara ini tidak mengejutkan kerana ia sudah menjadi lumrah sejak dahulu lagi di mana media tidak pernah bebas dan adil dalam memberikan laporannya. Malahan, media utama memainkan peranan penting menghentam parti politik atau pemimpin serta sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan UMNO-BN. Lihatlah bagaimana media utama negara memberikan liputan terhadap perhimpunan BERSIH 3.0, seolah-olah kerajaan dan anggota keselamatan menjadi mangsa keganasan rakyat serta kerajaan di pihak yang benar sementara orang awam pula adalah pesalah, sedangkan realiti yang berlaku adalah sebaliknya.

Dengan demikian, terjawablah persoalan nilai kebebasan media di negara ini. Tidak perlu pemimpin Pakatan Rakyat keluar negara bagi menceritakan bagaimana teruknya mereka dilayan oleh media tempatan, cukup hanya melihat bagaimana tapisan terhadap pemberitaan yang dibuat oleh media antarabangsa dalam peristiwa penting yang berlaku di negara ini.

Disediakan oleh;



RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

0 Responses for “ LAPORAN MEDIA ANTARABANGSA DITAPIS : NILAI SENDIRI MEDIA MALAYSIA”

Leave a Reply

Recently Commented

Recent Entries

Photo Gallery