BERSIH 3.0 : Wartawan dan Ketelusan Berita

Di terbitkan pada Saturday 5 May 2012 dan difailkan di bawah berita , . Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui RSS 2.0 . Anda boleh meninggalkan respons atau trackback ke entri ini dari laman anda

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan anggota polis yang menyerang dan membelasah para wartawan semasa demonstrasi BERSIH 3.0 pada 28 April baru-baru ini.

Dalam kejadian tersebut, sebanyak 10 kes telah dilaporkan yang melibatkan para wartawan dan juga jurugambar.

Pihak DPPWP menganggap tindakan tersebut sebagai satu langkah bacul dan terdesak pihak kerajaan Barisan Nasional yang memperkudakan pihak polis untuk menyekat kemaraan rakyat menjelang PRU 13.

Insiden berulang yang sama juga dilihat semasa BERSIH 2.0 yang lalu. Apakah setiap kali demonstrasi yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat perlu kepada kawalan kekerasan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional?


Kawalan Media Semasa BERSIH 3.0

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga mempersoalkan tindakan Astro & Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan menyekat beberapa agensi penyiaran berita di dalam melaporkan kejadian semasa BERSIH 3.0.

Antara agensi berita yang ditapis ialah BBC dan Al-Jazeera. Ini sekaligus membuktikan bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara yang mempunyai ketelusan di dalam penyiaran berita sepertimana yang dimomokkan oleh juak-juak UMNO/BN.

Sekiranya pihak media berbayar seperti Astro dipaksa untuk menapis berita yang disalurkan, media saluran utama apatah lagi.

Kejadian yang berlaku ini menunjukkan seolah-olah kerajaan tidak serius untuk mengadakan penambahbaikan Akta Penerbitan & Mesin Cetak 1984 yang diwar-warkan sebelum ini.

Sehubungan dengan itu, tidak hairanlah sekiranya Malaysia berada di tangga 141 di belakang Thailand dan Kemboja mengikut Indeks Kebebasan Media 2011.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga mendesak kerajaan Barisan Nasional agar pihak media diberikan liputan media secara telus dan adil tanpa bias kepada mana-mana pihak sekiranya Malaysia ingin memperbaiki indeks tersebut.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan percaya rakyat Malaysia kini sudah semakin bijak di dalam memilih bakal pemimpin bagi menetukan masa depan negara. Kerajaan Barisan Nasional diminta untuk tidak bersikap seperti ‘melempar tahi sembunyi tangan’ di dalam menangani insiden BERSIH 3.0 yang lalu.

Disediakan Oleh :

KAMARUZAMAN MOHAMAD

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

0 Responses for “ BERSIH 3.0 : Wartawan dan Ketelusan Berita”

Leave a Reply

Recently Commented

Recent Entries

Photo Gallery