Tahniah Datuk Fauzi Shaari

Di terbitkan pada Monday 21 May 2012 dan difailkan di bawah berita , . Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui RSS 2.0 . Anda boleh meninggalkan respons atau trackback ke entri ini dari laman anda

Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) mengucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia kerana telah menyertai PAS dengan disaksikan oleh Presiden PAS dan Timb. Presiden PAS di Perak.

Bagi DPPWP, tindakan Datuk Fauzi Shaari ini merupakan salah satu rentetan episod kepada ramainya tokoh-tokoh terulung negara yang berbondong-bondong menyertai perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat. Tambahan pula, beliau merupakan salah seorang pemimpin tinggi di dalam PDRM. Sebelum ini, Datuk Ramli Yusuff yang juga bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM menyatakan sokongan beliau terhadap Pakatan Rakyat.

DPPWP melihat ini merupakan suatu tanda kepada kebangkitan ramainya pemimpin-pemimpin di kalangan PDRM menyertai Pakatan Rakyat. Sudah sekian lama, polis ditindas dan dijadikan sekadar budak suruhan UMNO/Barisan Nasional. Isu gaji yang kecil dan kebajikan tidak pernah ditangani oleh kerajaan BN dari dulu sehingga sekarang. DPPWP menyeru kepada semua anggota polis di seluruh Malaysia supaya bangkit menyertai perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat. PDRM diminta untuk bangkit bagi mempertahankan maruah mereka dengan menumbangkan Kerajaan UMNO/BN dalam PRU 13 nanti.


DPPWP juga menyeru kepada semua tokoh-tokoh dan pimpinan masyarakat di setiap peringkat untuk bersama-sama menyertai PAS dan Pakatan Rakyat. UMNO/BN kini dilihat bukan lagi platform untuk membantu rakyat Malaysia. Apatah lagi kini semakin banyak isu moral dan salahlaku pemimpin di kalangan UMNO/BN. Mereka hanya ingin terus berkuasa agar dapat terus menghirup kekayaan negara untuk kroni dan diri mereka sendiri.

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

0 Responses for “ Tahniah Datuk Fauzi Shaari”

Leave a Reply

Recently Commented

Recent Entries

Photo Gallery