KOYAK HARAKAH TANDA UMNO GERUN KEBANGKITAN RAKYAT

Di terbitkan pada Friday 6 April 2012 dan difailkan di bawah berita , . Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui RSS 2.0 . Anda boleh meninggalkan respons atau trackback ke entri ini dari laman anda


PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) mengecam tindakan UMNO Putrajaya kerana mengoyak akhbar Harakah di Putrajaya beberapa hari lalu. PAS WP menganggap tindakan UMNO Putrajaya biadap kerana merosakkan akhbar rasmi milik PAS yang telah menaikkan kemarahan ribuan pendokong dan penyokong PAS di seluruh negara.

Bagi PAS WP, tindakan UMNO Putrajaya sebagai ketinggalan zaman kerana menolak keterbukaan dalam sebuah negara demokrasi. Kebebasan bersuara, cetakan, berhimpun adalah hak rakyat selama mana ianya dalam batasan undang-undang. PAS WP merasa kesal dengan tindakan tidak bertamadun ini lebih-lebih lagi ia berlaku di kawasan Putrajaya, pusat pentadbiran negara. UMNO Putrajaya seolah-olah mahu menyekat rakyat dari akses kepada maklumat alternatif yang disampaikan oleh Pakatan Rakyat. Ini menandakan mereka sememangnya gerun jika rakyat mengetahui maklumat yang benar dan adil dan gentar jika rakyat bangkit menentang mereka.

PAS WP meminta UMNO Putrajaya merasa insaf dan sedar kerana selama ini kerajaan milik UMNO-BN begitu kuat menindas Pakatan Rakyat (PR). Seluruh media milik rasmi negara dipergunakan buat menyekat akses kepada PR. Malah pemimpin PR turut dibelasah sesuka hati hampir setiap hari. Media utama hanya berhak melaporkan segala kebaikan mengenai Barisan Nasional semata-mata, manakala selainnya adalah buruk belaka.

Dalam keadaan demikian, PAS hanya memiliki akhbar Harakah sebagai medium menyampaikan maklumat berguna kepada rakyat. PAS tidak ada televisyen, radio, akhbar harian untuk menyampaikan mesej parti. Tidak puas dengan itu, akhbar Harakah pula dimangsakan dengan mengoyakkannya.

Justeru, PAS WP mengingatkan UMNO Putrajaya bahawa kebangkitan rakyat tidak mungkin dapat disekat. Usahkan koyak, bakar, sekat keluaran Harakah sekalipun tetap tidak mampu menyekat arus kebangkitan ini. Rakyat semakin percaya bahawa hayat UMNO sudah sampai ke penghujungnya. Bersedialah menerima kenyataan ini dan percayalah bahawa tidak ada kerajaan akan memerintah selama-lamanya, termasuk UMNO!.

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Ketua Penerangan
PAS Wilayah Persekutuan

0 Responses for “ KOYAK HARAKAH TANDA UMNO GERUN KEBANGKITAN RAKYAT”

Leave a Reply

Recently Commented

Recent Entries

Photo Gallery